Friday, November 12, 2010

Sudah dapat lesen jenahak

Masih lokasi yang sama, Sekinchan. Bertolak dari tempat penginapan menuju ke jeti selepas maghrib. Alhamdulillah, cuaca baik untuk memancing walaupun ikut plan asal, sebenarnye air pasang mati. Kalau tak, frust la kami... hehehe

Kalau dulu kami berumpankan ikan belanak, tapi kali ni lain pula.
Anak sotong kurita menjadi mangsa. Pertama kali sebenarnye kami pegang sotong kurita. Geli juga dibuatnya. Lelih-lebih lagi fizikalnya yang melekat dan mencengkam.
Tapi menurut orang lama yang memancing, ikan-ikan kat sini dah tak heran dah dengan belanak. Ikan-ikan ni dah demand nak makan sotong kurita pulak. :))

Nampak tak sotong dalam baldi ni. Sekor je. Yang pakai cuma kepalanya saja.

Tetapi, hasil tangkapan...

Jenahak 500gram tu..

Puas. Dah dapat lesen jenahak ni... Boleh balik dengan senyuman...

Tepat jam 2 pagi, hujan mula turun rintik-rintik. Angin mula membawa tanda mau ribut. Dengan pantas la kami bergerak pulang.

1 comment:

  1. xper...2jam jer mancing dpt hasil kira ok la tuh...try lg pas nih...harap2 Man Mas xserik bawak org bandar nih....hahaha

    ReplyDelete