Saturday, November 13, 2010

trip memancing anjuran DENSO bangi

Assalammualaikum...
kali nie trip memancing kami di taja oleh kilang denso bangi.
guna kabel adik sebab dia kerja kat denso.memang setiap tahun dia aderkan pertandingan mancing untuk staff kami menumpang jer... kali nie lokasi memancing di seri bayu sungai tekala.. kolam terbaik...

kasi owner tarik dulu... tapi rugi sebab blom time pertandingan jadi tak dapat la jackport

nie la juara keseluruhan group kami seramai 6 orang...
saper la mamat niee...terrrbaikkk

dia lagiiii memang kolam nie kolam dia laaa...

inilah hasil 2 jam yg pertama kira cam first half laaa...

dah inilah hasil selama 4 jam penantian di seri bayu.
lumayan...

Friday, November 12, 2010

Sudah dapat lesen jenahak

Masih lokasi yang sama, Sekinchan. Bertolak dari tempat penginapan menuju ke jeti selepas maghrib. Alhamdulillah, cuaca baik untuk memancing walaupun ikut plan asal, sebenarnye air pasang mati. Kalau tak, frust la kami... hehehe

Kalau dulu kami berumpankan ikan belanak, tapi kali ni lain pula.
Anak sotong kurita menjadi mangsa. Pertama kali sebenarnye kami pegang sotong kurita. Geli juga dibuatnya. Lelih-lebih lagi fizikalnya yang melekat dan mencengkam.
Tapi menurut orang lama yang memancing, ikan-ikan kat sini dah tak heran dah dengan belanak. Ikan-ikan ni dah demand nak makan sotong kurita pulak. :))

Nampak tak sotong dalam baldi ni. Sekor je. Yang pakai cuma kepalanya saja.

Tetapi, hasil tangkapan...

Jenahak 500gram tu..

Puas. Dah dapat lesen jenahak ni... Boleh balik dengan senyuman...

Tepat jam 2 pagi, hujan mula turun rintik-rintik. Angin mula membawa tanda mau ribut. Dengan pantas la kami bergerak pulang.

Thursday, November 4, 2010

Trip Memancing Pulau Angsa

Lokasi : Kuala Selangor.
Sewa bot : RM 300.00 (dari 8 pagi sampai 8 malam)
Keluasan bot : Bot besar nelayan. Muat la 10 orang.

Amacam? Besar tak bot?

P/S : Balik dengan tangan kosong. Hahaha...

Lokasi Sekinchan : Menjaring

Tekong lama yang sudah bersara tapi rindu pada laut.

Bot 22 kaki. Muat la 5 orang pemancing. Cuma kali ni kami tidak memancing. Hanya melabuhkan jaring sepanjang 100 meter.
Melabuhkan memang senang. Nak menariknye.. aduh... letihnye....

Haha yang belakang tu la wajah jurupandu ke lubuk menjaring. Muka nak sama kan... hehehe

Gambar hasil tu tak dapat la nak captured. Kami target udang. Tapi standard la, laut Selat Melaka... ikan talang, senangin, bawal, kembung dan beberapa ekor ketam menjadi habuan.